PROJEK RAMADAN PRIHATIN 5.0 2024

DENGAN SERENDAH RM 50
JOM REBUT PELUANG PAHALA BESAR INI!!
PROJEK RAMADAN PRIHATIN 5.0 2024
Ramadan bulan yang ditunggu-tunggu kini telah tiba!
Bulan yang penuh dengan limpahan rahmat kasih sayang Allah,
bulan yang dijanjikan keampunan malah dijamin pelepasan dari api neraka bagi
mereka yang itqan dalam menunaikan kewajipan pada bulan ini.
Tapi suasana Ramadan tahun ini tidak jauh beza dengan tahun
sebelumnya. Kita masih lagi dihimpit dengan ujian ekonomi dan kewangan yang menghimpit kebanyakkan dari kita. Walaupun pelbagai usaha
dilakukan bagi memberi keyakinan dan rasa bebas untuk rakyat terus berusaha
bekerja mencari rezeki untuk hidup, tapi masih ada yang sengsara dan berduka dengan kesempitan
wang malah ada yang masih mengemis
dan menagih bantuan.
Oleh sebab itu, Persatuan
Hulu Kelang Prihatin untuk kesekian kalinya hadir dengan Projek Ramadan Prihatin 5.0 sebagai kesinambungan dari tahun
lalu. Kami ingin mengajak, menjemput dan merayu untuk sama-sama kita membanting
tangan dan menghulurkan sumbangan membantu mereka yang terjejas. Projek ini
bakal menggembirakan lebih 1,000 penerima
pelbagai sumbangan melalui projek ini.
Mereka ini adalah terdiri daripada :
1. Golongan B40 & Penganggur (Hilang pekerjaan)
2. Golongan Asnaf, Fakir Miskin & Miskin Bandar
3. Peniaga Kecil
4. Warga Emas, Anak Yatim & OKU
BINGKISAN RAMADAN PRIHATIN 2023
SASARAN KAMI
Melalui Projek Ramadan Prihatin, kami mensasarkan untuk mengumpul dana sebanyak
RM 50,000 bagi menjalankan projek kebajikan ini.
Mudah-mudahan kita mendoakan agar Ramadan ini menjadi Ramadan
yang terbaik dalam catatan amal kehidupan kita dan dapat kita optimumkan ruang
dan peluang untuk memperbanyakkan amal walau diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran hidup.
PAKEJ SUMBANGAN
Berikut adalah pakej sumbangan PROJEK RAMADAN PRIHATIN yang ditawarkan :
PAKEJ A : Sumbangan RM 1000
PAKEJ B : Sumbangan RM 500
PAKEJ C :
Sumbangan RM 300
PAKEJ D :
Sumbangan RM 100
PAKEJ E : Sumbangan RM 50
PAKEJ F : Sumbangan Ikhlas Hati
Untuk sumbangan secara terus boleh Bank Transfer / Online Transfer / CDM melalui Akaun di bawah :
Persatuan Hulu Kelang Prihatin
Maybank Islamic
5622 0965 8360
Letakkan Reference/Remark : “InfaqRP” bagi memudahkan pihak kami
semak transaksi sumbangan.
Untuk maklumat lanjut #RamadanPrihatin,
boleh hubungi :
En. Basith :
013-5975048
En. Zul : 018-3812723
En. Nidzam : 019-2231645
“Memberi Tanda Prihatin”
Sebahagian daripada hasil sumbangan (20%) akan disalurkan bagi tujuan aktiviti-aktiviti pengurusan dan operasi pihak Persatuan Hulu Kelang Prihatin atas dasar Wakalah bil Ujrah.