Esok Lusa Dah Puasa, Dah Bayar Fidyah Ke?

Esok Lusa Dah Puasa, Dah Bayar Fidyah Ke?

Apa itu Fidyah?

Sedar tak sedar, tak lama lagi dah nak masuk Ramadan. Ada tak kita selitkan tentang "Fidyah" dalam 'checklist' Ramadan kita?


Mungkin kita terlepas pandang atau mungkin juga kita sengaja tidak ambil peduli tentang apa itu sebenarnya fidyah.


Jadi apa sebenarnya maksud Fidyah?


Fidyah ialah denda yang dikenakan bagi seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Ramadan tahun berikutnya.



Hukum Membayar Fidyah

Hukum Fidyah adalah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika tidak ditunaikan akan menjadi tanggungan hutang kepada Allah SWT. 


Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)



Siapa yang Perlu Membayar Fidyah?

Fidyah tidak dikenakan kepada sebarangan orang. Hanya golongan-tertentu sahaja yang wajib membayar Fidyah. Antaranya:



    1. Perempuan Hamil

    2. Ibu Menyusukan Anak

    3. Orang Yang Meninggal Dunia

    4. Musafir & Pesakit Yang Tidak Sempat Qada' Puasa

    5. Uzur Dari Menunaikan Puasa Ramadan

    6. Melambatkan Qada' Puasa



    Kadar Fidyah?

    Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Tetapi ianya berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah mengikut tempat.


    Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.


    Pengiraan Fidyah

    Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

    7Hari x RM4.00 = RM28.00


    Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

    (7Hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00


    Sumber : https://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/




    Cara Mudah Bayar Fidyah Anda Sekarang


    Sebenarnya tak susah pun untuk kita laksanakan fidyah. Bagi yang belum membayar fidyah, ayuh tunaikannya bersama Prihatin Hulu Kelang.
    
    Setiap fidyah yang dibayar akan disalurkan kepada projek Ramadan Prihatin 5.0 2024 untuk diberikan kepada fakir dan miskin yang memerlukan.

    Segerakan fidyah anda kerana nilainya akan meningkat menjelang Ramadan tahun yang akan datang.

    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    PILIHAN SUMBANGAN

    Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
    FIDYAH - Bilangan Hari Tak Qada Puasa X RM4.00 (Kadar Fidyah)
    0.00
    PAKEJ F : RAMADAN PRIHATIH SUMBANGAN IKHLAS
    JUMLAH 0 0.00
    JUMLAH KESELURUHAN (RM) 0.00
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PENYUMBANG

    BUTIRAN SUMBANGAN

    Sila lakukan bayaran berjumlah RM 0.00 ke akaun bank pilihan anda di bawah.

    • Anda mesti memasukkan emel ngo.prihatinhk@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
    • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
    PenamaPersatuan Hulu Kelang Prihatin
    No. Akaun562209658360
    Buka Maybank2u  

    PENGESAHAN